Me







Assalamualaikum pembuka bicara. Sebelum saya memulakan pengenalan diri, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran kepada Maha Esa kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih lagi diberi nafas untuk berada dimuka bumi ini, alhamdulillah. Tanggal 29 Disember 199* bertempat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Selangor lahirnya puteri Mokhdir Bin Mohd Halil dan Salmi Binti Daud yang diberi nama Siti Asmah. Saya merupakan anak bongsu dari 8 orang adik beradik. Sebelum berjaya menempatkan diri di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat, saya merupakan graduan Diploma Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang. Alhamdulillah kini saya merupakan pelajar tahun akhir dan bakal menjalani latihan industri semester hadapan. Salam perkenalan saya ucapkan.




♥ ッ Z Y X W V U T S R Q P O N M L K J I H G F E D C B A ッ ♥