Tugasan
10 gambar Teknologi dan Inovasi
1.
PAPARAN KACA PADA DINDING
![]() |
Paparan gelas ini
mempunyai ciri yang sangat nipis dan ringan serta mampu menahan kerosakan
berat. Ia adalah gelas yang tahan lama yang membolehkan pengaliran elektronik
dan sentuhan yang sensitif. Paparan gelas ini boleh diletakkan dimana sahaja
diruang rumah anda. Selain di rumah, ia juga boleh digunakan di sekolah mahupun
pejabat kerana saiznya yang sesuai digunakan untuk membuat pembentangan kerja
atau alat mengajar bagi menggantikan papan putih kerana ia sangat mudah
digunakan serta pantas dan efisyen.
2. PEMERAH DOKUMEN
![]() |
Komputer dan printer merupakan sepasang gadget yang
tidak dapat dipisahkan. Dokumen Extractor merupakan gagasan Byeong Min Choe
iaitu dengan menggabungkan monitor dan printer menjadi satu alat. Modifikasi
ini menggunakan jenis layar sentuh untuk monitor sehingga tidak memerlukan lagi
papan kekunci. Selain mencetak, alat ini juga dapat mengimbas dokumen yang akan
ditampilkan ke monitor. Selain menjimatkan ruang kerja alat ini juga dapat
menjimatkan masa dan sumber daya seperti dakwat dan juga toner.
3. KONSEP IPHONE 7 BERSAMA SKRIN MENGEMBANG
3. KONSEP IPHONE 7 BERSAMA SKRIN MENGEMBANG
Bercakap mengenai teknologi pada masa hadapan pereka
dari Apple juga tidak ketinggalan mencipta dan merekabentuk iPhone 7 dengan
konsep melebarkan paparan skrin yang membenarkan ia ditransformasi seperti iPad
tanpa kehilangan kualiti dan fungsi kedua-dua peranti. Bagi rekabentuk skrin
iPhone 7 ini sangat sesuai untuk pengguna yang gemar bermain aplikasi game dan
menonton video kerana kepuasan skrin yang lebar.
4. INOVATIF PENGECAS MUDAH ALIH YANG PALING CEPAT
Lambakan produk pengecas telefon bimbit mudah alih
semakin meningkat dipasaran namun mereka lupa untuk membangunkan alat baru yang
membenarkan semua telefon bimbit boleh menggunakan hanya pada satu alat
pengecas dengan mengecas bateri hanya untuk beberapa minit sahaja. Kebanyakan
alat peranti boleh bekerja dibawah tekanan untuk beberapa jam dan mengisi
semula bateri yang kadangkala memerlukan lebih daripada 12 chasv.
Oleh itu, pereka iTron telah mencipta pengecas bateri
yang baru bagi menyelesaikan masalah ini. Alat ini berkebolehupayaan dalam
mengisi semula bateri semaksima mungkin hanya dalam beberapa minit. Kapasiti
bateri iaitu sebanyak 9000 mAh iTron akan dicas selama 18 minit.
5. FUTURISTIK KAMERA PANORAMA
Futuristik dan unik adalah ciri-ciri utama pada kamera
panorama yang diberi nama Sphericam 2. Sebuah kamera yang professional
kerana secara automatik berkeupayaan merekod video. Mempunyai ciri reka bentuk
peranti yang pertama di dunia. Lokasi lensa yang terdapat pada setiap ruang
peranti tersebut iaitu meliputi 360 darjah penglihatan. Sphericam yang berat
hanya 400 grams ini dihasilkan dari aluminium anodized. Kamera ini cukup kuat
dan tahan lasak serta mempunyai perlindungan yang tinggi dari habuk, air dan
juga kerosakan mekanikal. Ia boleh disambungkan dengan sebarang telefon bimbit
melalui teknologi USB. Kamera ini boleh beroperasi sekiranya mengecas bateri
selama 60-90 minit bergantung pada jenis mood yang dipilih.
6. KONSEP NOKIA FIT
– CINCIN UNTUK PANGGILAN DAN MESEJ
Salah satu masalah telefon bimbit yang ada dipasaran
pada masa kini adalah dari aspek saiz yang mana ia kadangkala dianggap bagus
kerana memiliki paparan skrin yang besar, boleh bermain games atau membaca
segala jenis informasi dengan mudah ingin menyimpan didalam poket seluar ia
menimbulkan ketidakselesaan apabila berjalan. Menurut pencipta konsep telefon
cincin Nokia FIT ini, ia direka bentuk bagi memudahkan untuk menerima panggilan
dan mesej. Tambahan lagi, cincin ini kalis air serta fleksibel kerana membolehkan
ia dipakai oleh seseorang yang mempunyai saiz jari yang kecil mahupun besar.
7. BATERI MUDAH BERUBAH SAIZ
Sebuah bateri yang menggunakan teknologi spring yang
dapat menyelesaikan masalah utama yang terdapat pada bateri iaitu dari aspek
saiz. Bateri ini memudahkan penggantian dalam sebarang alat yang menggunakan
penggunaan bateri seperti jam dinding, alat kawalan tv dan sebagainya kerana ia
mampu untuk meregangkan dan digunakan dalam dua penjelmaan iaitu sebagai AAA
atau AA saiz.
8. INOVASI
TEKNOLOGI UNTUK CACAT PENGLIHATAN
Perkembangan teknologi hari demi hari seiring inovasi
yang direka untuk pelbagai golongan manusia telah dicipta seperti teknologi ini
yang diberi nama Voice Stick. Alat peranti pengimbas teks untuk
golongan cacat penglihatan. Stick ini yang apabila mengimbas cetakan huruf atau
abjad, fungsi mengenal pasti teks yang akan menukarkan informasi atau ayat
tersebut kepada bunyi suara agar membantu golongan cacat penglihatan dalam
memahami sebarang teks yang diingini seperti didalam buku, majalah,
suratkhabar, surat dan sebagainya.
9. PROJECTOR TRACKPAD
Gajet yang menarik ini ialah papan kekunci projector. Mempnuyai konsep dengan
menyentuh dan menekan sebarang tangkapan pada jejari menggunakan optical sensor
yang istimewa. Alat ini yang dengan mudah boleh ditukar saiznya mengikut
kesukaan anda. Dalam pada itu, peranti ini adalah padat dan ia mudah alih serta
boleh dibawa kemana sahaja kerana tidak memerlukan ruang kerja yang luas.
Memiliki berat 40 gram projector ini boleh disambung pada komputer menggunakan
USB.
10. KOMPUTER ORANG BUTA
Rekaan terbaru dari Siafu PC memberikan kesempatan kepada orang yang mempunyai kecatan penglihatan (buta) untuk merasakan pengalaman yang lain dalam menggunakan komputer. Alat ini benar-benar mengubah cara orang buta berinteraksi dengan komputer, yaitu melalui sentuhan secara langsung. Permukaan Siafu menggunakan menggunakan bahan khusus yang disebut magneclay.Permukaan bahan ini dapat berubah menjadi bentuk tertentu.ertinya bahwa permukaan bahan ini dapat menampilkan bentuk huruf braille sebagaimana buku yang digunakan orang tunanetra pada umumnya. Siafu juga dapat menampilkan bentuk relief 3 dimensi,sehingga org yang cacat penglihatan dapat merasakan bentukan garfik komputer untuk pertama kalinya.
TUGASAN 10 LINK VIDEO YOUTUBE BERKAITAN TEKNOLOGI DAN INOVASI


